Untuk makluman kepada semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan,pelajar akan menerima duit PTPTN dalam akaun pada 10 September 2011 berdasarkan Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Pelajar Lama Semester 1 Sesi 2011/2012 yang telah disediakan oleh pihak PTPTN.
Sekiranya jadual tidak jelas anda bolehlah download link yg telah disediakan oleh pihak PTPTN dalam format pdf http://www.ptptn.gov.my/docs/TENTATIF%20PELAJAR%20LAMA%20SEPT_WEB.pdf
31 August 2011
24 August 2011
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BAHARU DI IPTA
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BAHARU DI IPTA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN
BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2011/2012
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
24 OGOS 2011.
Sebanyak 41,267 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 1.9% berbanding tahun sebelumnya apabila hanya menyaksikan jumlah pengambilan pelajar sebanyak 40,506.
Bagi memudahkan urusan pendaftaran kelak, para pelajar baharu tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran. Yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.
Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pelajar dan keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan yang ingin memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat sentiasa dipertingkatkan.
Penangguhan yuran pendaftaran ini pernah diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini ia diteruskan lagi bertujuan membantu dan memudahkan urusan pendaftaran.
Sesi pendaftaran pengajian 2011/2012 akan bermula 3 September 2011.
Perubahan Di UMS-KAL
Terlebih dahulu GEMA ucapkan terima kasih kepada MPP Gerakan Mahasiswa Saudara Haziq, Exco Kepimpinan dan Latihan MPP sesi 2010/2011 atas perkongsian untuk memberikan sedikit input akan perubahan di UMS-KAL......
FAKTA-FAKTA:
FAKTA-FAKTA:
- Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan membina Dewan Kuliah Pusat dan Perpustakaan yang bernilai kira-kira RM24 juta di UMS, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).
- Naib Canselor UMS, Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon berkata pembinaan dewan kuliah pusat itu menelan kos sebanyak RM18 juta manakala perpustakaan sebanyak RM6 juta.
- Dua projek besar dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 itu akan dimulakan November depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun atau 24 bulan.
*Sumber : Naib Canselor UMS, Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Tertinggi (MPT) Bil. 5 / 2011 di Bilik Seminar, Bangunan Menara, UMS-KAL, pada 15 Jun 2011....
-Hasil catatan daripada saudara Aiman dan Haziq...
Sekian, info ringkas dari GEMA
-Hasil catatan daripada saudara Aiman dan Haziq...
Sekian, info ringkas dari GEMA