24 February 2011

apa itu IDEOLOGI??

Hal apakah yang mengerakkan masyarakat? Soal apa pula yang menyebabkan mereka bertempur di jalan Masjid Jamek dan lorong – lorong maut di Gaza? Apakah yang menyebabkan tumbangnya kepimpinan di asia tengah sekarang? Apakah yang diperjuangkan? Apakah yang membentuk fikiran dan kepercayaan yang menjelmakan tindakan – tindakan sedemikian? Bagaimana pula kepercayaan yang serupa meresap masuk dalam jiwa mereka yang lain lalu membentuk gerakan massa yang mampu melanggar apa sahaja kekuatan yang melintanginya?Sejak berzaman lagi manusia berjuang demi kepercayaan mereka, namun kepercayaan ini bukan hanya percaya semata, ia jauh lebih suci dari itu. Melangkaui masa, merentas benua, menyeberangi agama. Dan bagi yang terkesima akannya, perjuangan kerananya itu cukup romantis.
Perjuangan demi ideologi.

 Ideologi secara literalnya adalah gabungan dua perkataan Greek, eidos yang bermaksud “perkataan” dan logos yang bermaksud “pengetahuan”. Maka umumnya kita dapat takrifkan ideologi ini sebagai kata-kata tentang pengetahuan . Sarjana Perancis, Antoine Louis Claude Destutt de Trargent Tracy (1754-1836) mentakrifkan ideologi sebagai kajian tentang proses mengeluarkan idea yang membawa kepada satu sistem nilai yang diterima sebagai fakta atau benar bagi sebahagian masyarakat dan mengandungi satu set sikap terhadap institusi dan proses dalam masyarakat. Sesungguhnya, berasa benar inilah yang menyebabkan sering terjadi pertembungan dalam sejarah peradaban. Mereka yang menganut Marxist berasakan mereka benar, Kapitalis juga mengaku benar dan mereka berjuang demi benar itu. Namun, hal ini tidak harus dilihat negatif, kerana pertembungan begini mampu saja melahir dialetik sejarah. Tanpa dialetik ini, sejarah akan mati, sebagaimana yang disebut oleh Fokuyama itu.

Terrence Ball pula memberi takrifan yang lebih longgar tentang ideologi. Menurut beliau, ideologi adalah agenda mengenai sesuatu untuk diperbincangkan, soalan untuk ditanya, hipotesis untuk dibuat dan kita sepatutnya mampu mengaplikasikannya apabila ia berinteraksi dengan idea dan politik. Harus difahami dengan jelas bahawa ideologi tidak sinonim dengan idea. Maka dapatlah kita fahami bahawa ideology itu tidak static sifatnya. Ia terbuka kepada segala bentuk kritikan dan perbahasan.

Sargent (1990) mendefinisikan ideologi sebagai satu sistem nilai atau sistem kepercayaan yang diterima sebagai fakta atau kebenaran oleh beberapa kumpulan manusia. Ia kemudian membentuk satu set sikap terhadap pelbagai institusi dan proses-proses di dalam masyarakat. Ia menyediakan satu gambaran mengenai dunia kepada penganut-penganut sesuatu ideologi bagaimana keadaan dunia yang sepatutnya atau gambaran dunia seperti sedia ada. Dengan gambaran tersebut, ia menguruskan sistem dunia yang begitu kompleks kepada sesuatu yang lebih mudah dan lebih difahami. Perkataan sistem menggambarkan bahawa ideologi adalah diurus atau satu kepercayaan yang bercorak. Ideologi yang berlainan menghasilkan gambaran dunia yang berbeza dan lebih merumitkan apabila meningkatnya keadaan dunia kepada lebih kompleks akan memberi kesan kepada ketepatan gambaran yang dihasilkan oleh ideologi. Perkataan ideologi pertama kali digunakan pada lewat abad ke-19 oleh sekumpulan pemikir Perancis yang bergelar “The Ideologues” untuk membayangkan satu pendekatan bagi memahami bagaimana idea-idea dibentukRoy C.

Macridis, seorang saintis politik menggariskan empat ciri utama ideologi. Pertama, ideologi bersifat menyeluruh, meliputi idea tentang perkara-perkara pokok dalam kehidupan seperti kedudukan dan taraf manusia di dunia, hubungan dengan Tuhan atau sejarah, matlamat tertinggi sesuatu kumpulan masyarakat atau kerajaan dan kaedah mencapainya. Hal ini biasanya memerlukan satu organisasi besar yang mempercayai perkara-perkara di atas menurut perspektif mereka dan bersungguh- sungguh untuk menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.Keduanya, set- set idea ini harus merebak dan menyerap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Maka ia seharusnya tidak sekadar diketahui untuk satu tempoh yang panjang malah telah menjadi satu bentuk kepercayaan politik dan bertindak terhadap ramai orang. Manusia telah memperkatakan tentang demokrasi, oligarki, autokrasi sejak ribuan tahun dahulu sebelum Masihi lagi dan hal-hal ini telah berakar- umbi dalam masyarakat.
Ketiganya, ia harus bersifat meluas, seperti yang dinyatakan di atas, ideology bertindak melalui massa. Oleh itu set idea ini harus berupaya memobilisasi (mobilizing) masyarakat dan memainkan peranan yang signifikan dalam hal politik dan negara.

Ideologi juga bersifat intensif. Dalam huraian yang mudah, ideologi menuntut pengorbanan dan kesungguhan daripada pengikutnya yang memberi pengaruh yang bermakna (significantly) terhadap kepercayaan dan tindakan politik.Setiap ideology mempunyai perspektif yang tersendiri dalam menilai situasi semasa dan cara ketamadunan manusia ini seharusnya ditadbir. Namun secara umumnya setiap ideology mengutarakan keperluan psikologi asas manusia seperti keselamatan, kebebasan, dan kemasyarakatan. Ideology mengemukakan teori bagaimana keperluan ini harus dipenuhi dan kaitannya dengan keperluan yang lain.

Ideologi menyediakan para pengikutnya satu kaedah memahami sejarah dan masyarakat dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tidak. Sebagai contoh, Marxist melihat sejarah seluruh masyarakat di dunia ini tidak lebih daripada perjuangan dan pergelutan kelas dalam masyarakat . pendokong liberal pula melihat sejarah sebagai satu gerakan yang progresif dalam mencapai ekonomi dan social yang setara. Perbezaan – perbezaan ini wujud kerana dinilai dari perspektif yang berbeza. Hal ini menerangkan mengapa setiap ideology itu dikatakan benar. Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara.

Ideologi adalah perlu kerana ia menjadi kayu pengukur (reference point).Tanpa perspektif untuk menggenggam dunia, kita tidak akan mampu menggerakkannya, demikianlah pentingnya ideology.

Oleh hal yang demikian dapatlah kita fahami bahawa ideology menyediakan satu inspirasi sama ada untuk membawa sesebuah kerajaan itu berkuasa atau perlu digulingkan. Hal ini kerana ideology menentukan system politik yang tertentu serta program social yang dilaksanakan sama ada absah dan berbaloi disokong atau tidak. Perkara ini menjawab soalan mengapa orang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan ideologi mereka. Ideology memberi resolusi terhadap kepincangan semasa dan harapan pada masa depan. Soal realistic atau tidak, terpulang kepada masyarakat untuk menentukannya. Dalam hal yang sama perkataan tersebut telah digunakan oleh pemikir-pemikir sains sosial lain sebagai label kepada cara-cara untuk menghalang mesej-mesej yang mengancam mereka daripada difahami oleh orang ramai. Bagi pemikir-pemikir ini, ideologi-ideologi menghalang orang ramai daripada mengetahui tentang kebenaran mengenai situasi-situasi mereka.Perdebatan mengenai ideologi oleh Karl Marx (1818-1883) misalnya berhujah bahawa ideologi-ideologi membutakan orang ramai mengenai kedudukan mereka di dalam masyarakat. Beliau menggambarkan ideologi sebagai ilusi politik yang dihasilkan oleh pengalaman-pengalaman antara kelas-kelas masyarakat yang tunjangi oleh peranan ekonomi dan Marx seterusnya menggelar ideologi sebagai kesedaran palsu. Terma-terma seperti ideologi politik, teori politik dan falsafah politik kerap digunakan untuk merujuk kepada cara pemikiran yang pelbagai terhadap idea-idea politik.Christenson, Engel, Jacobs, Rejai dan Waltzer (1981) mendefinisikan ideologi politik sebagai satu sistem kepercayaan yang menerangkan dan menjustifikasikan sesuatu susunan politik yang disukai sama ada mewujudkan atau mencadangkan serta menyediakan strategi ke arah pencapaiannya. Ideologi politik bermatlamat menyatukan orang ramai di dalam pertubuhan politik yang berkemampuan melaksanakan tindakan politik berkesan. Ideologi menawarkan satu penterjemahan mengenai masa lalu, penerangan mengenai masa kini dan masa hadapan. Maka ideologilah yang mengerakkan mereka.

19 February 2011

Percubaan Pertama

Tanggal 17 Februari 2011, merupakan detik kebangkitan mahasiswa/siswi UMS-KAL yang berpendirian bebas dalam menyokong dan mendokong prinsip demokrasi. Kebangkitan golongan ini adalah atas dasar kesedaran bagi mewujudkan dan memulihkan sistem demokrasi yang telah mati..

Dahulunya, semenjak 2 penggal kepimpinan terdahulu, kebanyakan calon-calon pilihanraya kampus menang dengan percuma bagi kerusi-kerusi sekolah. Mengapa hal ini terjadi? hanya setiap kali pilihanraya kampus, kerusi umum yang menjadi rebutan. Mengapa ada dan wujudnya kemenangan percuma calon-calon bagi setiap pilihanraya? Adakah telah wujud dasar kompromi antara calon-calon dengan pertubuhan tertentu bagi memenangkan calon-calon tertentu? saat itu adalah saat matinya demokrasi dalam pilihanraya kampus
Adakah Mahasiswa UMS-KAL ketandusan barisan kepimpinan mahasiswa? Mengapa Mahasiswa lesu? Salah AUKU ka? atau salah dirisendiri yang lesu?

Mahasiswa UMS-KAL perlukan pembaharuan? ya, pembaharuan pada barisan kepimpinan mereka...PEMIMPIN yang dipilih daripada sistem demokrasi....jadi hidupkan demokrasi, bangkit la mahasiswa/siswi biarpun mengunakan semua sumber yang ada agar ada perubahan untuk semua.....

"Dari MAHasiWa, Kepada mahasiswa, Untuk semua"

17 February 2011

Universiti kosong = makna? + harapan?


Kedatangan ke universiti penuh bermakna dan harapan. Apatah lagi bagi mereka yang datang jauh daripada kampung dan juga merupakan anak sulung keluarga tercinta. Perjalanan masuk sebagai anak atau ahli keluarga pertama yang menjejak langkah ke menara gading semestinya mendatangkan kebanggaan dan harapan kepada ibu dan ayah serta keluarga.

Tapi apakah harapan ini? Apakah harapan yang ingin dikecapi? Agak menyedihkan ramai yang tidak mempunyai hala tuju dan hanya setakat statistik yang mengisi kekosongan senarai dalam kertas contengan di kementerian pengajian tinggi. Apa yang sepatutnya menjadi satu kebanggaan dan harapan kepada keluarga dan masyarakat dan lebih penting lagi pelajar itu sendiri kemudiannya hancur berkecai selepas beberapa minggu atau bulan pertama universiti.

Masa dihabiskan dengan menghadiri kelas tanpa sebarang hala tuju. Mungkin lebih ramai lagi yang mengambil peluang 3 atau 4 tahun ini setakat untuk mendapat sekeping sijil yang apabila keluar dari universiti nanti tidak sama sekali bernilai.

Mungkin ada yang tidak faham tetapi ini hakikatnya. Mereka yang masuk tanpa hala tuju akan keluar tanpa hala tuju. Mereka yang masuk kerana ingin perolehi sijil sahaja akan keluar dengan sijil sahaja. Tiada yang lebih tiada yag kurang.

Sebab yang penting hanya apa yang dapat dilihat, yang dapat dipegang, yang dapat dirasa. Pemahaman dan pemikiran kita terhadap dunia terlalu sempit dan lemah atau mungkin tiada langsung. Tiada pemahaman, tiada pemikiran. Sebagaimana cacing buta yang hidupnya dalam tanah beginilah mereka yang pergi ke kelas tiap-tiap hari ulang alik tanpa membawa kepala.

Dunia berkembang pesat, tetapi semangat manusia adalah lemah. Semangat orang muda lemah. Semangat mahasiswa lemah. Ditendang sana sini tanpa hala tuju. Di arah seperti lembu yang meragut rumput di padang tani. Apakah maknanya universiti? Universiti yang hanya kosong tanpa harapan. Di isi manusia tak bermaya. Di isi fikiran yang sepatutnya berguna, tetapi tidak berguna yang tidak diguna.

Hidup di universiti membawa erti bermulanya perjuangan untuk mencari makna, untuk mengenal diri. Adakah mereka yang bakal digelar mahasiswa bersedia untuk dan sanggup menghadapi perjuangan ini?

"Gelombang Mahasiswa, Meneraju Perubahan Bersama"

Salam Perubahan Mahasiswa- GEMA-

Salam ukhwah, salam perpaduan....

BERMULA

Sejarah juga ada menunjukkan bahawa masyarakat yang berani, menempa kejayaan. Mengikut sebuah hadis, berani berfikir itu sudah mendatangkan satu pahala; kalau fikiran itu betul dapat dua pahala. Itu memang benar. Kemajuan manusia datangnya daripada keberanian berfikir..... Oleh itu, kami mula menulis dan bangkit bagi berkongsi perspektif kami akan kehidupan Mahasiswa di kampus-kampus....
KAMI bukanlah golongang-golongang atau individu "FAVOURITE" persatuan2 mahasiswa yang memperjuangkan ideologi mereka... Maklumlah kami bukan "Pak Turut" ataupun mungkin kami selalu melawan arus kefahaman mereka? atau kerana kami ada kefahaman atau Ideologi kami sendiri tentang kehidupan kampus? .....Itu semua bukan persoalannya, kerana Mahasiswa bebas untuk berIDEOLOGI dan Ideologi itu boleh di kritik dan digantikan atau ditambah baik dengan kefahaman masing-masing..
KAMI bangkit atas kesedaran kami untuk melakukan perubahan... kerana kami yakin kami berupaya biarpun kami berdiri atas keupayaan individu-individu yang berbeza...
"Gelombang Mahasiswa, Meneraju Perubahan Bersama"..
dari permulaan? Itu sudah terlalu biasa.....Sebenarnya kita boleh bermula pada pertengahan atau pada penghujung. Tetapi semua perkara ada permulaan dan kesudahan (begitulah kehidupan ini), kecuali Tuhan yang sentiasa ada tanpa permulaan dan kesudahan.