30 October 2011

Pages FB "Majlis Perwakilan Pelajar UMS-KAL"

"Bersama Melakukan Perubahan"
Satu tagline, yang mengajak rakan-rakan siswa/i bersama-sama kami
 (Barisan Kepimpinan) dalam melakukan perubahan di kampus ini.

Sejujurnya, kami senang hati melihat usaha yang di lakukan oleh rakan-rakan siswa/i yang bersama kami memberi sumbangan idea, cadangan, komen dan sebagainya dalam melihat ada perubahan secara berterusan yang berlaku di
UMS-KAL.


Ini adalah contoh hasil kerja rakan-rakan dari SSIL yang membuat pages ini sebagai sebahagian dari tugasan e-commerce mereka. Pages FB Majlis Perwakilan Pelajar UMS-KAL ini di buat agar ia menjadi medium berterusan dalam penyebaran informasi kepada semua pelajar tanpa mengira tempoh ataupun sesi lantikan.

Idea dan konsep yang di bawa ini cukup bagus dan dapat memberi kemudahan kepada siswa/i dalam menyalurkan maklumat dan menerima makluman daripada barisan kepimpinan.


Jadi klik "like" pada pages ini tanda sokongan kepada barisan kepimpinan.

1UMS-KAL, 1 Kampus "FREE" Wifi

Satu lagi berita baik bagi Siswa/i UMS-KAL, isu wifi di Kampus Antarabangsa Labuan akan berakhir tidak lama lagi. Segalanya dah di peringkat akhir perlaksanaan.

Nampaknya hasil usaha yang di ketuai oleh saya, Mohamad Aiman B. Amir (MPP) dan saudara haziq (MPP) (bertindak sebagai pengatur gerak kerja), Saudara Kuberan (YDP JAKMAS ALPHA), Saudari Priz (YDP JAKMAS BETA MUTIARA), Saudara Andrew (YDP PMSPKAL) serta Saudara Syazwan (YDP PMSSIL) yang membawa isu ini secara bersama dari semester 2 sesi 2010/2011 lalu, di bawah 1 bumbung PMUMS-KAL telah membuahkan hasil.

Kaedah gerak kerja kami secara bersama ini merupakan satu "solidariti" suara mahasiswa.
Kami bekerja secara berorganisasi dan bukannya berkumpulan.

Gerak kerja yang kami lakukan adalah tanpa melibatkan sebarang memorandum, hanya perjumpaan berkala (setiap minggu), surat menyurat, kertas cadangan dan juga kajian akan pengunaan wifi di IPT lain di Malaysia.

Kami melihat isu wifi ini adalah antara keutamaan yang perlu di beri tumpuan oleh pihak pentadbiran. Isu ini adalah isu panas di kalangan siswa/i kerana ia melibatkan aspek pembelajaran terutama tutorial, kuiz dan juga mid-term yang di adakan secara 'online'.



Perlaksanaan wifi ini nanti adalah melibatkan keseluruhan kampus, beberapa tempat "blink spot" telah di kenal pasti di kolej kediaman dah di kenal pasti dan kaedah solusinya telah di bincangkan bersama. Setakat ini, saya berpuas hati dengan segala penerangan yang di berikan oleh pihak bertanggungjawab.


Sekian,
"Suara BerGEMA, Mahasiswa Bersama"

Disediakan oleh:
Mohamad Aiman B. Amir
(Naib Presiden MPP UMS (KAL) sesi 10/11)
Merangkap Ketua Task Force isu wifi
p/s : ini task force tidak rasmi hasil mesyuarat YDP-YDP PMUMS-KAL

"Jom Aktifkan Badan Kelab-Kelab Sukan dan Rekreasi"

Merujuk kepada memo rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UMS-KAL sesi 2010/2011, dari Saudara Yeoh Yuan Nung (Jabatan Sukan Dan Rekreasi MPP) bersama Saudara Mohamad Aiman B. Amir (Naib Presiden MPP (KAL) merangkap Pemantau Jabatan Sukan Dan Rekreasi). Di katakan bahawa, beberapa kelab sukan dan rekreasi di UMS-KAL ini adalah berstatus tidak aktif.

Status Tidak Aktif :
Status tidak aktif bermaksud kelab-kelab ini telah pun di daftarkan tetapi tidak mempunyai badan pengurusan kelab bagi menjalankan aktiviti kelab.

Pandangan kami:
Satu kerugian kepada mahasiswa/i UMS-KAL jika tiada usaha untuk mengaktifkan kembali kelab-kelab ini. Persoalan yang di timbulkan adalah  Siapa yang boleh aktifkan? Apa kelebihanya? Untuk apa kelab ini di aktifkan kembali?
Persoalan:
1- Siapa yang boleh aktifkan?
Semua pelajar (mana-mana pelajar)- seeloknya tahun 1 ataupun tahun 2
Soalan dari pelajar tahun 1 "Boleh ke abg kami aktifkan dan urus kelab, biarpun kami pelajar tahun 1?" Jawapan kami: "boleh, tiada masalah pun... ini universiti, belajarlah sebanyak mana pun untuk mengurus, melibatkan diri dalam aktiviti... tak kira kamu tahun berapa yang penting masih dalam pengajian"

2- Apa kelebihannya?
Tertulis pada posternya, terdapat 7 semuanya.

3- Untuk apa kelab-kelab ini di aktifkan semula?
Tujuan di aktifkan : Menjadi Badan Pemantau Fasiliti dan Kemudahan Sukan di UMS-KAL
skop tugas : "bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar untuk memantau fasiliti dan kemudahan sukan di UMS-KAL, membuat laporan report secara bersama bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi hujah untuk meningkatkan fasiliti sukan"

Pendedahan : Pelajar-pelajar yang menghidupkan kelab-kelab ini akn dapat merasai dan mempelajari kaedah pengurusan kelab dan kewangan.

Motif : Mempelbagaikan program dan acara sukan di peringkat Kampus dengan cara penganjuran oleh kelab-kelab ini

"Jom Temui Kami di Pejabat MPP UMS-KAL"


p/s: 1st time GEMA ambil maklumat direct dari Yeoh Yuan Nung....



26 October 2011

Ucapan Naib Presiden (KAL) MPP UMS sesi 2010/2011 sempena MSM 2011/2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Salam 1UMS, Salam Kampus Ceria,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Terlebih dahulu saya amat berbangga dan mengalu-alukan yang saudara/saudari, mahasiswa/i baru yang memilih untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Malaysia Sabah ini. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat datang dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Mahasiswa/i sekalian,

Sebagai seorang pelajar , sudah semestinya anda semua mempunyai aspirasi dan bercita-cita tinggi untuk berjaya, jadi tekadkanlah aspirasi saudara/saudari itu agar menjadi satu realiti kerana itulah aset yang amat penting bagi membolehkan saudara/saudari bersaing di peringkat global

Universiti berperanan sebagai gerbang keilmuan sejagat. Universiti juga merupakan medan untuk kita menimba ilmu, beramal serta menyampaikan ilmu yang telah kita miliki. Budaya keilmuan perlu terus disuburkan bertepatan dengan tujuan universiti bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. Keberadaan di universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana apa yang lebih penting ialah mahasiswa/i sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar. Ingatlah, manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia memerlukan panduan serta bimbingan . Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu kejayaan, maka cahaya petunjuk yakni ilmu amatlah di perlukan.

Jadi sebagai mahaiswa/I baru, saya berharap agar anda semua akan terus bersemangat dan berusaha berbakti bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk universiti dan negara kerana anda semua adalah ‘Pencetus dan Peneraju Transformasi Mahasiswa’.

 Akhir kata, manfaatlah kesempatan yang dimiliki di alam kampus ini dengan membina diri untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada agama,negara dan bangsa. Jadi marilah kita berganding bersama-sama untuk ”Memastikan Kelestarian Hari Esok”.

Sekian,

"MEMPERKASAKAN USAHA, MEMPERSATUKAN MATLAMAT"


Ikhlas daripada,


MOHAMAD AIMAN B. AMIR
Naib Presiden (KAL),
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Sabah





21 October 2011

nantikan kebangkitan momentum GEMA (Gerakan Mahasiswa)

GERAKAN MAHASISWA UMS-KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

Minggu ini di UMS-KAL....

Kali ini MPP dan Persatuan Mahasiswa UMS-KAL bersama SRM telah saling bekerjasama dalam menganjurkan Karnival Rakan Muda IPT MPP/SRM 2011 di UMS-Kampus Antarabangsa Labuan....
Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula hari ini hinggalah kepada 23 Oktober 2011....

Pengisian program ini adalah berbentuk santai dan pengisiannya merangkumi aspek kesihatan, kecergasan, kesukanan dan pelbagai lagi.

Kepada Siswa/i UMS-KAL, jangan lepaskan peluang ini... rebutlah agar anda dapat sesuatu menerusi kernival ini.


p/s: Special Thanks kepada Unit Media GEMA atas sokongan padu dalam menjayakan program ini termasuklah memberi ruang di laman blog Gerakan Mahasiswa (GEMA)