26 October 2011

Ucapan Naib Presiden (KAL) MPP UMS sesi 2010/2011 sempena MSM 2011/2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Salam 1UMS, Salam Kampus Ceria,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Terlebih dahulu saya amat berbangga dan mengalu-alukan yang saudara/saudari, mahasiswa/i baru yang memilih untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Malaysia Sabah ini. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat datang dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Mahasiswa/i sekalian,

Sebagai seorang pelajar , sudah semestinya anda semua mempunyai aspirasi dan bercita-cita tinggi untuk berjaya, jadi tekadkanlah aspirasi saudara/saudari itu agar menjadi satu realiti kerana itulah aset yang amat penting bagi membolehkan saudara/saudari bersaing di peringkat global

Universiti berperanan sebagai gerbang keilmuan sejagat. Universiti juga merupakan medan untuk kita menimba ilmu, beramal serta menyampaikan ilmu yang telah kita miliki. Budaya keilmuan perlu terus disuburkan bertepatan dengan tujuan universiti bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. Keberadaan di universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana apa yang lebih penting ialah mahasiswa/i sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar. Ingatlah, manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia memerlukan panduan serta bimbingan . Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu kejayaan, maka cahaya petunjuk yakni ilmu amatlah di perlukan.

Jadi sebagai mahaiswa/I baru, saya berharap agar anda semua akan terus bersemangat dan berusaha berbakti bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk universiti dan negara kerana anda semua adalah ‘Pencetus dan Peneraju Transformasi Mahasiswa’.

 Akhir kata, manfaatlah kesempatan yang dimiliki di alam kampus ini dengan membina diri untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada agama,negara dan bangsa. Jadi marilah kita berganding bersama-sama untuk ”Memastikan Kelestarian Hari Esok”.

Sekian,

"MEMPERKASAKAN USAHA, MEMPERSATUKAN MATLAMAT"


Ikhlas daripada,


MOHAMAD AIMAN B. AMIR
Naib Presiden (KAL),
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Sabah





No comments:

Post a Comment