01 May 2011

GEMA "Review"


"Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil
perhitungan (a force to be reckoned with)."
-
Kalau Saya Mahasiswa (Saifudin Abdullah)

Begitulah antara bait kata-kata Dato' Saifudin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang diterjemahkan di dalam bukunya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa".
Kini nama Dato' Saifudin Abdullah mula menjadi buah mulut dikalangan para aktivis mahasiswa di seluruh negara kerana sikap prihatinnya terhadap kelansungan gerakan mahasiswa dalam lembaran dekad kini. Bermula dengan keprihatinan beliau terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diakui oleh beliau sendiri dengan mengatakan akta tersebut terlalu memenjara mahasiswa di kampus, seterusnya pendirian beliau terhadap ketelusan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) di seluruh kampus yang dilihat tidak memainkan peranan mereka yang sebenarnya iaitu dengan tindakan mereka yang terlalu menyusahkan pelajar sehinggalah tercetusnya pindaan AUKU 2009 yang merupakan salah satu usaha beliau untuk membebaskan kembali mahasiswa daripada 'penjara' kampus yang sudah lama merencatkan gerakan mahasiswa di Malaysia.

Kemuncak kepada keprihatinan beliau terhadap para aktivis mahasiswa ialah pada 4 Februari 2010 yang lalu dimana beliau telah berkenan untuk bertemu dengan 9 orang mahasiswa yang ditahan polis kerana terbabit dalam demonstrasi menuntut demokrasi kampus pada 23 Januari yang lalu di Kuala Lumpur. Pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya telah memberikan gambaran yang jelas kepada mahasiswa bahawa beliau amat kecewa dengan sistem yang ada sekarang yang dilihat terlalu menekan mahasiswa dan 'membudak sekolahkan' mahasiswa!
Namun GEMA bukanlah hasil peniruan daripada tulisan Dato Saifudin, kerana kami hanya mahukan adanya persaingan sihat yang baik di kalangan Mahasiswa UMS-KAL. Kami bercita-cita membawa mahasiswa kepada era kegemilangan dahulu, dimana Mahasiswa tidak condong pada mana-mana pihak samaada kerajaan mahupun pembangkang... Biarlah mahasiswa menjadi penentu dan penimbang kepada masyarakat, menentukan dan penyokong perkara yang baik, dan mendesak dan menentang bagi perkara yang tidak baik.... Kami mencari titik persamaan antara mahasiswa bagi menjayakan "kehebatan mahasiswa" dan bukan dari kacamata sempit politik luar....

No comments:

Post a Comment