02 May 2011

AUKU-Bebaskan MAHASISWA!!!

Mengikut peraturan sedia ada mereka yang dibuang kerana melanggar disiplin tidak dibenar membuat rayuan, di bawah pindaan baru tersebut para pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk disingkir dari kolej dan universiti akan diberi peluang merayu sebelum tindakan muktamad ke atas mereka diputuskan.

Itulah. Sejak AUKU ini diperkenalkan pada tahun 1971 dan dipinda pada tahun 1974 serta 2008, memang hak mahasiswa sentiasa dizalimi. Dipecat daripada Universiti tanpa ada pendengaran perbicaraan. Ataupun dalam bahasa undang-undang administratifnya sebagai hak untuk membela diri. AUKU sememangnya zalim buat mahasiswa kerana mereka bagaikan digari kaki dan tangan apabila dihadapkan di bawah tribunal Universiti. Mereka bebas dihukum keluar university tanpa ada hak untuk membela diri. Kalau di Mahkamah, hak untuk seseorang tertuduh dibela wujud dalam peruntukkan Undang-Undang, tetapi dalam AUKU, hak ini langsung tiada.


Pindaan terbaru AUKU ini sudah pasti akan menyebabkan hak mahasiswa terjamin. Inilah hasil keberjayaan mahasiswa dalam menuntut kembali hak mereka daripada pihak Kerajaan. Tapi seelok-eloknya AUKU ini dipinda secara total. Jangan ada langsung dalam AUKU ini soal-soal disiplin. Biar undang-undang lain seperti Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang mengadilinya. Sebagai contoh, seorang mahasiswa dilarang untuk bebas bercakap dan hanya bercakap soal pengajian masing-masing. Tetapi dalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa warganegara termasuk mahasiswa boleh bercakap apa sahaja kecuali dalam soal fitnah dan hasutan.

Jadi jika AUKU sekali lagi dipinda, ia kejayaan besar buat mahasiswa. Apapun bagi kami, AUKU perlu dimansuhkan terus dan perlu diganti dengan Akta Pentadbiran Universiti. Biarlah soal disiplin diadili oleh undang-undang lain. Sebenarnya AUKU dijadikan sebagai alat pemerintah untuk menekan mahasiswa.

"AUKU ada kebaikan dan kekurangan... Undang-undang ciptaan Manusia"
-GEMA-

No comments:

Post a Comment