31 May 2011

Edisi Khas MSM 2011/2012- Persiapan UMS-KAL

PIMPIN datang lagi.....
Wah, GEMA dpt cerita dari Naib Presiden Kal(Pemantau PSM di KAL) PSM tahun nie aktif2..... bagus2, cuma GEMA nak pesan jangan luputkan semangat itu di pertengahan jalan..... Moga harapan Kepimpinan MPP UMS menerusi JABATAN LATIHAN DAN KEPIMPINAN sesi 2010/2011, MSM tahun ini menjadi yang terbaik......

Maklumla, MSM tahun nie mencabar sebab diadakan waktu raya.... Jadi, Cekalkan Jiwa tingkatkan azam, kukuhkan matlamat....Pasti berjaya kita harungi cabaran secara bersama....

GEMA, sendiri pernah dengar sedikit harapan dari Naib Presiden KAL, saudara Aiman akan harapan yang tinggi pada PSM tahun nie.... Di harapkan di bawah kepimpinan Saudara Haziq, bagi MSM di KAL, semuanya akan berjalan lancar.....

Pagi tadi, GEMA sempat berbicara dengan Saudara Aiman, Haziq dan Kuberan bilamana mendapat pangilan talefon dari mereka, mengatakan akan perihal Induksi MSM di Kampus KK dan Induksi MSM di Kampus KAL..... Mereka semua berpuas hati, kata mereka "Mantap"....
(p/s: maklumlah GEMA balik awal lg, coz abis exam awal)

Berikut sedikit sebnyak gambar-gambar induksi PSM di KAMPUS KAL, yang diadakan buat kali pertamanya di luar kampus semanjak 1999.... satu cabaran baru buat kepimpinan tahun ini, sebabnya semua MT induksi MSM berada di Koa Kinabalu bagi mengikuti khusus BIMBING....... jadi semua maklumat di kampus KAL, GEMA dapat tahu di salurkan oleh saudara Aiman yang bertindak pemantau bagi memaklumkan perkembangan yang berlaku di labuan pada MT-MT PSM di KK.....

Harapan: MOGA MSM TAHUN INI menjadi MSM terbaik......
"Bersama Mencetus Transformasi Mahasiswa"

P/S: Nantikan Gambar2 PSM-PSM KAL di Induksi MSM KK dan LABUAN....
GEMA akan jumpa Saudara Aiman dan Kuberan di semenanjung nanti, sekembali mereka di sini.... =)

06 May 2011

6 Lumrah Bergelar Pemimpin


1. Kritikan
Anda bersedia dikritik? Anda melenting bila dikritik? Atau anda terima baik kritikan? semua itu adalah asam garam dalam meghadapi situsai dan keadaan pimpinan dalam mana-mana organisasi.

2. Bantah
Apa pun yang anda putuskan tenang satu-satu perkara akan ada nada bantahan. Pimpinan yang tiada bantahan dalamnya adalah pimpinan yang statik. Hatta dalam memutuskan sesuatu yang baik pun akan melalui bantahan.

3. Cemuh
Dari dulu sampai sekarang cemuhan adalah perkara biasa dalam mana-mana era kepimpinan. Ia seolah-olah satu budaya wajib yang kena dibiasakan oleh pemimpin. Anda rela dicemuh dan diburukkan? Anda sanggup difitnah dan diaibkan? Jika anda tidak mahu melaluinya, lupakanlah hasrat untuk memimpin organisasi yang lebih besar. Saya nasihatkan diri saya dan diri anda baiki diri cukuplah jadi pemimpin kendiri.

4. Pengorbanan
Kehidupan sebagai pemimpin amat luar biasa dari kebiasaan majoriti yang dipimpin. Tatacara hidup luar biasa ini memerlukan pengorbanan yang besar dalam semua aspek. Anda mengaku pemimpin, anda suda sedia berkorban? tepuk dada tanya iman.

5. Pencapaian
Perkara ini menjadi kayu ukur kejayaan pimpinan. Pencapaian bermakna sesuatu tuaian adil hasil kemampuan dan usaha keras yang ikhlas untuk mencapai sesuatu. Mengecapi pencapaian bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan sesepaduan antara sikap, ilmu pengetahuan dan bakat untuk memperjuangkan matlamat organisasi yang dipimpin.

6. Penghargaan
Penghargaan merupakan hadiah teristimewa yang pasti pemimpin nikmati. Percayalah, apabila seseorang menghargai hasil usaha kita, ia adalah satu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Adillah bagi pempimpin mendapatkan penghargaan atas segala kritikan, cemuhan, pengorbanan dan pencapaian yang telah disumbangkan.

02 May 2011

AUKU-Bebaskan MAHASISWA!!!

Mengikut peraturan sedia ada mereka yang dibuang kerana melanggar disiplin tidak dibenar membuat rayuan, di bawah pindaan baru tersebut para pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk disingkir dari kolej dan universiti akan diberi peluang merayu sebelum tindakan muktamad ke atas mereka diputuskan.

Itulah. Sejak AUKU ini diperkenalkan pada tahun 1971 dan dipinda pada tahun 1974 serta 2008, memang hak mahasiswa sentiasa dizalimi. Dipecat daripada Universiti tanpa ada pendengaran perbicaraan. Ataupun dalam bahasa undang-undang administratifnya sebagai hak untuk membela diri. AUKU sememangnya zalim buat mahasiswa kerana mereka bagaikan digari kaki dan tangan apabila dihadapkan di bawah tribunal Universiti. Mereka bebas dihukum keluar university tanpa ada hak untuk membela diri. Kalau di Mahkamah, hak untuk seseorang tertuduh dibela wujud dalam peruntukkan Undang-Undang, tetapi dalam AUKU, hak ini langsung tiada.


Pindaan terbaru AUKU ini sudah pasti akan menyebabkan hak mahasiswa terjamin. Inilah hasil keberjayaan mahasiswa dalam menuntut kembali hak mereka daripada pihak Kerajaan. Tapi seelok-eloknya AUKU ini dipinda secara total. Jangan ada langsung dalam AUKU ini soal-soal disiplin. Biar undang-undang lain seperti Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang mengadilinya. Sebagai contoh, seorang mahasiswa dilarang untuk bebas bercakap dan hanya bercakap soal pengajian masing-masing. Tetapi dalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa warganegara termasuk mahasiswa boleh bercakap apa sahaja kecuali dalam soal fitnah dan hasutan.

Jadi jika AUKU sekali lagi dipinda, ia kejayaan besar buat mahasiswa. Apapun bagi kami, AUKU perlu dimansuhkan terus dan perlu diganti dengan Akta Pentadbiran Universiti. Biarlah soal disiplin diadili oleh undang-undang lain. Sebenarnya AUKU dijadikan sebagai alat pemerintah untuk menekan mahasiswa.

"AUKU ada kebaikan dan kekurangan... Undang-undang ciptaan Manusia"
-GEMA-

TRANSFORMASI


HEPA "berpolitik" dgn Pelajar/Mahasiswa


1. Setelah wujudnya Hal Ehwal Pelajar, kebebasan pelajar dianggap sudah tidak wujud lagi. Majlis Perwakilan Pelajar sudah tidak bebas lagi bertindak memperjuangkan kepentingan dan kebebasan mahasiswa dan masyarakat luar. Begitu juga persatuan-persatuan tidak bebas lagi membuat apa-apa keputusan dalam apa-apa jua perkara sebelum merujuk kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar.

2. Memang tidak dapat dinafikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini memberikan saham yang besar dalam tragedi ini. Dengan wujudnya HEP selepas pindaan AUKU 1975, peranan mahasiswa dalam mengendalikan kegiatan mereka menjadi semakin kecil malah kadang-kadang HEP berlumba-lumba dengan persatuan mahasiswa untuk mengendalikan sesuatu aktiviti.

3. Segala pergerakan mahasiswa mestilah mendapat kelulusan HEP sebelum boleh dilaksanakan di mana kelulusan dan syarat HEP tidak boleh dipertikaikan kerana kuasa terlalu besar diberikan kepada mereka sehingga boleh menentukan perjalanan dan aktiviti persatuan.

4. Peraturan tertentu yang memberikan kuasa kepada Naib Canselor atau Menteri Pendidikan menentukan sesuatu perkara menyebabkan mereka berkuasa untuk 'memalapkan' lagi aktiviti kemahasiswaan sekiranya tidak memenuhi 'cita rasa' Naib Canselor atau Menteri berkenaan. Tetapi hari ini, keadaan seperti ini sudah tidak wujud lagi.

5. Kebebasan berpesatuan sudah terhad selepas pindaan keramat tersebut. Setiap persatuan yang hendak ditubuhkan mahasiswa mestilah dirujukkan terlebih dahulu kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi mendapat 'green light' sebelum boleh memanjangkan kepada Majlis Universiti untuk mendapat kelulusan. Sebenarnya mahasiswa sudah tidak bebas lagi menubuhkan sebarang persatuan yang mereka kehendaki sekiranya bertentangan denga 'citarasa' HEP. Lain Universiti, lain pula cita rasa pihak berkuasa HEP dalam mentafsir dan melaksanakan akta tersebut.

6. Sebagai contohnya persatuan-persatuan anak negeri tidak dapat didaftarkan secara rasmi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Tetapi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) persatuan bercorak tersebut dibenarkan dan dapat bergerak aktif. Begitu juga di sesetengah universiti seperti UUM misalnya tidak membenarkan wujudnya persatuan bercorak keagamaan seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan sebagainya (termasuklah UMS).

7. Persatuan-persatuan pelajar juga boleh dipermain-mainkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar pada bila-bila masa tanpa boleh dipertikaikan dengan menggunakan 'kuasa penuh' yang diperuntukkan kepada mereka. HEP boleh bertindak sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak yang enggan 'tunduk' dan menjadi 'yes man' kepada mereka.Di antara cara yang digunakan oleh HEP menyelesaikan perkara adalah mengambil alih pengendalian Program Orientasi atau Haluan Siswa dari pihak Persatuan Mahasiswa Universiti.

8. Berbagai kerenah birokrasi yang ketat juga sengaja diwujudkan oleh HEP untuk membendung kegiatan berpersatuan. Pihak HEP dengan sewenang-wenangnya boleh membendung kelulusan sesuatu program yang hendak dilaksanakan oleh mahasiswa. Begitu juga masa untuk menunggu kelulusan pendaftaran sesuatu persatuan memakan masa yang lama, kekadangnya memakan masa setahun lebih.

9. Mahasiswa juga tidak dibenarkan berhubung dengan pertubuhan luar dengan sebebas-bebasnya. Malah untuk menyatakan sokongan moral kepada pertubuhan luar juga tidak dibenarkan walaupun isu tersebut mengenai kebajikan mereka. Contohnya sokongan moral PMUTM pada tahun 1986 kepada Persatuan Ulama Malaysia yang memperjuangkan hak mahasiswa berpurdah yang digantung pengajian mereka telah tidak dibenarkan dengan alasan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti pindaan 1975 (Akta 30, seksyen 15 ceraian 2,3,4,5) sama ada berbentuk simpati,sokongan,bantahan dan lain-lain yang boleh ditafsirkan demikian.

10. Begitu juga dengan yang terbaru dalam dekad 1990'an ini, isu "Demonstrasi mahasiswa membantah tindakan kerajaan Terenganu meroboh bangunan Institut Berakan" yang beroperasi di atas tanah kerajaan sejak tahun 1977 lagi telah menyebabkan ramai pemimpin mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib. Malah terdapat ramai pemimpin mahasiswa dari UKM, UPM dan UTM yang tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan mahasiswa serta ada yang dilucutkan jawatan mereka secara paksa.

11. Pihak HEP hanya bertindak memberikan sedikit kelonggaran ,untuk mengadakan beberapa aktiviti tertentu seperti seminar, kursus, jamuan tahunan, forum dan sebagainya dengan syarat persatuan pelajar janganlah pula mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan melanggar AUKU (pindaan 1975) sehingga HEP akan mendapat 'kesusahan' dengan pihak atasan.

12. Selagi projek yang hendak dilaksanakan tidak menyusahkan HEP, persatuan pelajar tidak akan disekat dari meneruskannya. HEP tidak kisah walaupun terdapat 3 atau 4 program dalam satu masa yang dikendalikan oleh persatuan tertentu. Mahasiswa akan berpecah mengikuti salah satu dari program tersebut sekiranya mereka berminat.Dasar pecah dan perintah ini memang baik untuk universiti kerana pelajar tidak dapat bersatu.

Sumber : "Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.25-47"

01 May 2011

Formula Pimpinan Unggul

Jika anda meneliti tokoh-tokoh kepimpinan yang berjaya dan kandas di dunia pada hari ini mahupun yang telah lalu, semuanya GEMA dapat rumuskan kepada 3 perkara pokok yang merangkumi kesemua elemen kepimpinan mereka.

Apa dia elemen tersebut?

1. Sikap
Kesanggupan mengubah tatacara hidup dan mengikuti segala perlakuan berdisiplin sesuai dalam konteks pemimpin

2. Ilmu pengetahuan

Sesungguhya pimpinan yang baik ialah ilmu pengetahuan.

3. Bakat
Bakat boleh dibentuk melalui sikap yg positif dan berterusan.

Anda punya ketiga-tiga? Jika anda memilikinya asahlah ia, pasti berkilau kepimpinan anda. Kepimpinan umpama parang yang tumpul yang selalu dijaga dan diasah akan menjadi tajam dan berguna hinggakan mampu menggerukan penggunanya.

GEMA sarankan anda mesti sekurang-kurangnya punya dua elemen untuk menjadi pemimpin yg baik, namun untuk yang menjadi yang terbaik dan unggul, anda mesti punya ketiga-tiga perkara tersebut.

Kesepaduan ketiga-tiganya akan melahirkan tinggalan legasi kepimpinan unggul yang penuh identiti, manakala kegagalan kolaborasi resepi ketiga-tiganya akan mencemuhkan diri dan pimpinannya.

Fikir-fikirkan..
GEMA

LATAR BELAKANG KEPADA USAHA MEMINDA AUKU

AUKU Pindaan 2009


• AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governan, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

• Sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971, ia telah dipinda sebanyak 5 kali iaitu pada 24 September 1971, 13 Mei 1975, 20 Februari 1983, 1 Oktober 1996 dan 1 Februari 2009.

• Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada tahun 1971, yakni pada masa/zaman yang disirikan oleh demontrasi pelajar di seluruh dunia. Pun begitu AUKU tidaklah semata-mata satu reaksi kepada pergolakan pergerakan pelajar; terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu sistem tadbir urus Universiti yang tersusun sebagai asas kukuh pembangunan pendidikan tinggi negara.

Menurut Prof. Dr. Shad Shaleem Faruqi, Dalam tempoh 37 tahun banyak perubahan telah berlaku. Antaranya:

•Malaysia – capai tahap kemajuan yang memberangsangkan–ekonomi,sosial & politik.

•Masyarakat lebih terpelajar–tuntutan sosial telah meningkat.

•Tahap pengetahuan dan pemakaian ICT meningkat dan budaya mencari ilmu dipermudahkan.

•Komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.

•Usaha dan komitmen KPT–tingkatkan status IPTA khususnya dalam ranking dunia.

•Ekspektasi masyarakat Malaysia khususnya terhadap Universiti –bukan saja gedung ilmu tetapi sebagai wadah pembangunan insaniah.

Semua tersebut adalah di antara fakta-fakta yang mendorong pindaan kepada AUKU 1971. Justeru satu Jawatan kuasa dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyemak
kembali AUKU.


MODUS

1.Perbincangan dan Perundingan dengan pihak berkepentingan.

•Ahli-ahli Parlimen
•Pegawai-pegawai Kanan KPT
•Pegawai-pegawai Kanan Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara
•Pengerusi,Lembaga-lembaga Pengarah Universiti
•Naib-naib Canselor
•Timbalan-timbalan Naib Canselor(HEP)
•Persatuan-persatuan Kakitangan Universiti
•Penasihat-penasihat Undang-undangIPTA
•SUHAKAM
•Majlis-majlis Perwakilan Pelajar


2.Pendekatan

•Terdapat tiga opsyen pendekatan

2.1 Pelihara AUKU seperti adanya.
2.2 Mansuhkan keseluruhan AUKU sedia ada dan gantikannya dengan yang baru.
2.3 Pelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.

•Jawatankuasa Menteri dengan kebenaran Menteri memilih opsyen yang ketiga,yakni 2.3

PINDAAN DIGOLONGKAN KEPADA TIGA DOMAIN ASAS


1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. PELAJAR

Di sini saya cuma menekankan pindaan yang berkaitan dengan perkara 3 iaitu PELAJAR. Perkara yang dipinda berkaitan Pelajar adalah seperti berikut :
Jawatankuasa Pelajar
•Jawatan kuasa Kebajikan Pelajar sedia ada dikekal tetapi keanggotaannya dipinda.

a). Naib Canselor sebagai Pengerusi
b). 2 orang dipilih oleh MPP
c). seorangah lidilantik oleh Lembaga

(dahulunya tidak jelas siapa yang menajadi Pengerusi dan bilangan ahli dan kuasa penubuhan oleh Lembaga tetapi kini secara berkanun)

Kebajikan Pelajar

-Perkara-perkara mengenai kepentingan dan kebajikan pelajar adalah di antara yang paling sensitif.
-Pindaan dan perubahan adalah ke arah perluasan hak pelajar dan pemantapan kebajikan pelajar.

Perubahan-perubahan yang berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar adalah seperti berikut:
•Kesalahan di bawah Akta (dahulunya adalah kesalahan jenayah) kini –kesalahan tatatertib sahaja.
•Perluasan hak berpersatuan.
•Perluasan hak bersuara.
•Hak terhadap pendidikan terjamin.
•Hak untuk didengar.
•Hak untuk diwakili dalam perbicaraan tatatertib.
•Hak untuk diberitahu alasan keputusan tatatertib, secara bertulis dalam tempoh ditetapkan.
•Hak untuk merayu dan mendapat keputusan rayuan dalam masa ditetapkan.
•Perluasan dan perjelasan takrif “pelajar”memperluaskan hak mengundi.


Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan
1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar

Hak Bersuara


•Seksyen 15(5)

•Pelajar /pertubuhan pelajar tidak boleh melakukan/menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsir sebagai menyatakan sokongan/simpati atau bangkangan terhadap 3 kategori badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b) & (c)

•Peruntukan dahulu: “yang boleh ditafsir”kini perlu dinilai dari sudut munasabah maka tidak “arbitary”

•Namun pelajar tidak boleh dihalang membuat (Seksyen 15(6) (dimasukkan melalui pindaan)

(a) pernyataan mengenai perkara akademik berkaitan pengajian dan penyelidikannya.
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara (a) di atas dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak ditaja oleh tiga badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b)(c).

•Pelanggaran peruntukan-peruntukan seksyen 15 boleh dikenakan tindakan tatatertib –jika pelajar (dahulu adalah kesalahan boleh didenda


Kutipan Wang

Seksyen 15A Akta
(i) Larangan dikekalkan
(ii) Pelanggaran dahulunya (dahulu adalah kesalahan boleh didenda
(iii) kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang daripada larangan seksyen 15A(1) dipindahkan daripada Menteri kepada Naib Canselor(pindaan sub-seksyen 4 menjadi tidak perlu dan dimansuh-dulu perwakilan kuasa daripada Menteri ke Naib Canselor)

Tanggungan Badan Pelajar
•Seksyen 15B dahulu menyebut “Tanggungan Jenayah”dimansuh dan diganti dengan lebih adil
•Seksyen 15B baharu:
-Jika kesalahan boleh daftar dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu dilakukan atau berupa dilakukan disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan badan pelajar diurus mengikut seksyen 16.



Hak Pendidikan Dipelihara

Seksyen 15D(4), (5), (6), (7), (8)
•Pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan atau dipenjara, boleh dengan persetujuan Senat, menduduki peperiksaan Universiti tertakluk kepada apa-apa perintah pihak berkuasa berwibawa.
•Pelajar yang digantung di bawah sub-seksyen (1) boleh diterima masuk ke mana-mana Universiti yang
ditubuh di bawa Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri dan syarat-syarat dikenakan oleh Menteri.
•Pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah Akta ini turut boleh diterima masuk ke Universiti lain.
•Pelajar yang dituduh didapati tidak bersalah jika digantung/ataumenjalani tempoh penjara boleh menyambung pengajarannya –tempoh pergantungan/penjara tidak diambil kira dalam pengiraan tenpoh maksimum pengajian dan keputusannya.
•Peruntukan yang sama bagi pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan.
•(jika dulu pelajar apabila digantung tidak boleh masuk Kampus / diterima menjadi pelajar di Universiti lain, jadi satu kesalahan denda


Kuasa Naib Canselor Menggantung/Membubar Badan/Pertubuhan Pelajar

•Seksyen16 baharu: 16(1) dan(2)
•Naib Canselor boleh menggantung/membubar sesuatu badan pelajar yang didapati menggugat atau mengancam ketenteraman pelajar, pekerja dan Kampus tetapi selepas memberi badan pelajar itu peluang yang membuat representasi bertulis.
•Badan yang terkilan boleh dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggantungan/ pembubaran itu merayu secara berulis kepada Menteri(ini tidak ada dalam Akta asal)



Kuasa dan Prosedur Tatatertib

Seksyen 16B asal dipinda
1.Naib Canselor kekal sebagai kuasa tatatertib pelajar.
2.Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kewajipan dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana TNC, pekerja Universiti atau Jawatankuasa Pekerja Universiti.
3.Naib Canselor atau wakilnya hendaklah maklum secara bertulis alasan hukuman dicadangkan da pelajar diberi peluang munasabah untuk didengar.
4.Pelajar berhak diwakili oleh seorang pekerja atau pekerja atau pelajar lain Universiti.
5.Pelajar berhak membuat representasi bertulis.
6.Keputusan prosiding tatatertib diberikan kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
7.Pelajar terkilan boleh merayu dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar

•Ditubuhkan oleh Lembaga–ahli dilantik oleh Lembaga.
(i) 2 orang ahli dari kalangan ahli Lembaga(seorang daripadanya menjadi Pengerusi)
(ii) seorang daripada Universiti (bukan Naib–Canselor atau orang yang kepadanya Naib Canselor telah mewakilkan kuasa tatatertib)
(iii)mesti memastikan rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh menerima rayuan
(iv)memberitahu kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
-Pelajaryang merayu
* berhak diwakili oleh pekerja atau pelajar lain Universiti.
* berhak membuat representasi bertulis.

Kaedah Tatatertib Seksyen 16C (Dipinda)
(Kuasa Lembaga)

•Perubahan : Penggantungan semasa prosiding berjalan/belum selesai Kaedah–boleh memasukkan hukuman pembuangan pelajar daripada Universiti. Kaedah hendaklah menetapkan tatacara prosiding tatatertib dan prosiding rayuan
Dapatkan AUKU : Click Auku Pindaan 2009

GEMA "Review"


"Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil
perhitungan (a force to be reckoned with)."
-
Kalau Saya Mahasiswa (Saifudin Abdullah)

Begitulah antara bait kata-kata Dato' Saifudin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang diterjemahkan di dalam bukunya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa".
Kini nama Dato' Saifudin Abdullah mula menjadi buah mulut dikalangan para aktivis mahasiswa di seluruh negara kerana sikap prihatinnya terhadap kelansungan gerakan mahasiswa dalam lembaran dekad kini. Bermula dengan keprihatinan beliau terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diakui oleh beliau sendiri dengan mengatakan akta tersebut terlalu memenjara mahasiswa di kampus, seterusnya pendirian beliau terhadap ketelusan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) di seluruh kampus yang dilihat tidak memainkan peranan mereka yang sebenarnya iaitu dengan tindakan mereka yang terlalu menyusahkan pelajar sehinggalah tercetusnya pindaan AUKU 2009 yang merupakan salah satu usaha beliau untuk membebaskan kembali mahasiswa daripada 'penjara' kampus yang sudah lama merencatkan gerakan mahasiswa di Malaysia.

Kemuncak kepada keprihatinan beliau terhadap para aktivis mahasiswa ialah pada 4 Februari 2010 yang lalu dimana beliau telah berkenan untuk bertemu dengan 9 orang mahasiswa yang ditahan polis kerana terbabit dalam demonstrasi menuntut demokrasi kampus pada 23 Januari yang lalu di Kuala Lumpur. Pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya telah memberikan gambaran yang jelas kepada mahasiswa bahawa beliau amat kecewa dengan sistem yang ada sekarang yang dilihat terlalu menekan mahasiswa dan 'membudak sekolahkan' mahasiswa!
Namun GEMA bukanlah hasil peniruan daripada tulisan Dato Saifudin, kerana kami hanya mahukan adanya persaingan sihat yang baik di kalangan Mahasiswa UMS-KAL. Kami bercita-cita membawa mahasiswa kepada era kegemilangan dahulu, dimana Mahasiswa tidak condong pada mana-mana pihak samaada kerajaan mahupun pembangkang... Biarlah mahasiswa menjadi penentu dan penimbang kepada masyarakat, menentukan dan penyokong perkara yang baik, dan mendesak dan menentang bagi perkara yang tidak baik.... Kami mencari titik persamaan antara mahasiswa bagi menjayakan "kehebatan mahasiswa" dan bukan dari kacamata sempit politik luar....

"Profile Picture GEMA" dilancarkan...