28 July 2012

Makluman Penting, join kami sekarang

Pergh, dah lama GEMA tiada update isu-isu kampus dan perihal dunia mahasiswakan... bukan apa, sekarang Gerakan Mahasiswa sedang melakukan proses transformasi peralihan kuasa kepada barisan pelapis yakni kepada junior.

Apa pun SEMUAupdate isu kampus yakni UMS Kampus Antarabangsa Labuan ADA di update di GERAKAN MAHASISWA, group utama informasi Mahasiswa UMSKAL iaitu
https://www.facebook.com/groups/194336883919058/?bookmark_t=group

Semua isu yang di bangkitkan dan berkisar kepada kebajikan kampus akan di jawab, di perbincangkan di group ini oleh wakil-wakil pelajar kita. Semua sumber jawapan mereka menurut salah seorang pengerak Gerakan Mahasiswa adalah secara terus daripada pihak pentadbiran UMS seperti Pihak HEPA, UMTP, PEMBANGUNAN, KESELAMATAN, SPKAL, AKADEMIK, SSIL dan sebagainya. Kata mereka, hubungan baik antara mahasiswa dan pihak pentadbiran perlu di wujudkan bagi memudahkan perjuangan mahasiswa di Kampus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada Mahasiswa.

"We love UMSKAL, We United for UMSKAL"

Kemasukan IPTA Sesi 2012/2013. Fakta Yang Perlu Bakal Mahasiswa Tahu.



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SYABAS & TAHNIAH daripada warga Gerakan Mahasiswa buat adik-adik, dan rakan-rakan yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA bagi kemasukan sesi 2012/2013.


 



Bagi yang berjaya, bersyukurlah kerana kalian adalah salah seorang daripada 38,549 yang berjaya untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, berbanding 63,467 permohonan daripada seluruh negara.

Beberapa fakta menarik untuk dikongsi:

 1. 38, 549 berjaya berbanding 52, 430 permohonan calon yang layak.

 2. Majoriti, 65.8% adalah perempuan.

 3. Aliran sains seramai 57% manakala sastera 43%.

 4. Mengikut kaum yang berjaya: Melayu sebanyak 70.2% (27,455), Cina sebanyak 86.4% (8,986), India sebanyak 72.8% (1,384) manakala Lain-lain sebanyak 69.8%.

 Bagi adik-adik semua diingatkan untuk menghantar jawapan tawaran semula sebelum 22 Julai ini dan MU ucapkan selamat mendaftar pada 1-2 September 2012 nanti.

 Untuk e-rayuan pula bermula dari 13 hingga 22 Julai 2012.



Yang masih belum membuat semakan, sila semak ya.


Daripada sekarang dah boleh cari biasiswa baik daripada JPA, Mara, yayasan-yayasan dan lain-lain. Jika tidak, usah lupa kita ada PTPTN.

 p/s: Selamat menjadi mahasiswa dan bukannya mahasewel. Utamakan dahulu akademik untuk masa depan=) Syabas!

14 July 2012

MSM 2012/2013

To all new students who are coming to UMS Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan, we the who like to extend our warm welcome to you guyz. Lock and Load for an exciting and memorable Uni life
.........remember Strive to Excel.......