28 July 2012

Kemasukan IPTA Sesi 2012/2013. Fakta Yang Perlu Bakal Mahasiswa Tahu.



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SYABAS & TAHNIAH daripada warga Gerakan Mahasiswa buat adik-adik, dan rakan-rakan yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA bagi kemasukan sesi 2012/2013.


 



Bagi yang berjaya, bersyukurlah kerana kalian adalah salah seorang daripada 38,549 yang berjaya untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, berbanding 63,467 permohonan daripada seluruh negara.

Beberapa fakta menarik untuk dikongsi:

 1. 38, 549 berjaya berbanding 52, 430 permohonan calon yang layak.

 2. Majoriti, 65.8% adalah perempuan.

 3. Aliran sains seramai 57% manakala sastera 43%.

 4. Mengikut kaum yang berjaya: Melayu sebanyak 70.2% (27,455), Cina sebanyak 86.4% (8,986), India sebanyak 72.8% (1,384) manakala Lain-lain sebanyak 69.8%.

 Bagi adik-adik semua diingatkan untuk menghantar jawapan tawaran semula sebelum 22 Julai ini dan MU ucapkan selamat mendaftar pada 1-2 September 2012 nanti.

 Untuk e-rayuan pula bermula dari 13 hingga 22 Julai 2012.



Yang masih belum membuat semakan, sila semak ya.


Daripada sekarang dah boleh cari biasiswa baik daripada JPA, Mara, yayasan-yayasan dan lain-lain. Jika tidak, usah lupa kita ada PTPTN.

 p/s: Selamat menjadi mahasiswa dan bukannya mahasewel. Utamakan dahulu akademik untuk masa depan=) Syabas!

No comments:

Post a Comment