18 April 2013

Gerakan Mahasiswa13 (GM13) retorik terhadap harapan Mahasiswa

Gempak GM13 Tak Menjadi...

DAHULUNYA:

Siap buat sidang media umum nak letak calon lawan DS Najib kat Pekan tu!!


Ini negara demokrasi...kalau rasa diri tu layak nak jadi calon...bertanding lah. Takde siapa halang pun.

Tapi sebaik-baiknya...ukur lah baju kat badan sendiri dulu.

Takde siapa yang halang...takde siapa yang sekat....tup tup....Tup Tap....
Hujan tidak, Ribut Tidak... tiba, tiba...


HARI INI:

#Sumber HarakahDaily, tepat dari sumber


Menggelupur tarik diri beb!! 

Sah gerakan mereka setakat nak cari perhatian. Nak cari glamour....tapi sayang, tidak sempat tersenarai dalam ABP 2012(tahun depan cuba lagi)

Rakan-rakan,
Cubalah fikir dengan logik akal walau dalam Politik itu ada 1001 kemungkinan:


Ds Anwar (otai politik) pun tiada keberanian nak bertanding kat Pekan inikan pula GM13...
Lim Kit Siang kalau dijanjikan kerusi PM pun....Mati hidup balik belum tentu mahu dia bertanding kat Pekan...
Hadi Awang juga pasti begitu...kalau terdengar dia disuruh bertanding kat Pekan lawan DS Najib....silap-silap boleh pengsan, sebab mungkin akan berakhir kerjaya politik beliau.

Kalau orang yang berpuluh tahun pengalaman poltik macam ketiga-tiga individu diatas tak mengambil risiko di pekan inikan pula kita yang baru mengenal apa itu politik.

P/s: Lagi kesian geng2 ProM di Sabah Dan Labuan "mengikut" rentak geng2 di semenanjung... Lagi kesian, buat kerja seakan sia-sia sampai di tahan oleh pihak polis atas akta-akta yang berkaitan...

Truely, gua kesian dan merasakan ini adalah "PEMBOHONGAN terhadap MAHASISWA" di UMS khasnya Kampus Antarabangsa Labuan... Awal2 bukan main mencanang lagi merekalah golongan "Celik Politik" "Sedar Akan Tanggungjawab" dan lain-lain lagi...

Paling, gua and the gang bengang MEREKA "ProMenipu" mengatakan Gerakan Mahasiswa UMSKAL (GEMA KAL) adalah aspirasi... Senang puak2 mereka menghukum, sebab kita tidak sebulu dengan cara perjuangan mereka...

alhamdulillah, kami akan tetap di jalan pilihan kami... "Politik Kampus untuk Kampus"...

Ingatlah "Mahasiswa memilih wakil-wakil kami untuk jadi pemimpin mereka, begitu juga masyarakat di luar sana memilih pemimpin mereka, walau skop dan tanggungjawab serta amanah adalah berbeza tetapi semuanya adalah untuk rakyat dan negara"









No comments:

Post a Comment