24 November 2011

Seksyen 15 AUKU akan dipinda?


 Seksyen 15 (7) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membenarkan pelajar insititusi pengajian tinggi menganggotai parti politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Diatas segalanya, kerajaan percaya kepada kemaatangan dan kebijaksanaan para mahasiswa”

“Dengan itu bagi menghormati Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi Negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli politik.”kata Datuk Seri Najib Razak lagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kelonggaran itu untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas saja dan pelajar masih tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.

"Pindaan ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli parti politik,” katanya semasa membentangkan usul bagi menarik balik tiga perisytiharan darurat berusia lebih 40 tahun di Dewan Rakyat pagi ini.

Sehubungan dengan itu, Najib berkata kerajaan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tahun lepas.

No comments:

Post a Comment